Arwah Hisham di Harian Metro

Posted on May 5, 2010

0


*gambar dari blog kakinakl
Baru nikah mati berdarah
Pengusaha kantin maut kereta bertembung ketika hujan lebat
oleh  -Md Fuzi Abd Lateh, m/s 3
BUKIT BERUNTUNG: “Saya sedih kerana hajat membawa anak, Boestanual Hisham Sheikh Othman, 35, menunaikan umrah sempena musim cuti sekolah 23 Mei ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan,” kata ibu mangsa Wan Hasmah Wan Awang, 67.
Mangsa mati di tempat kejadian di Kilometer 4, Jalan Sungai Choh ke Bukit Beruntung, selepas kereta dipandunya bertembung sebuah Proton Waja, kira-kira jam 2:45 petang semalam.
Katanya, ketika kejadian, anaknya yang baru genap sebulan mendirikan rumah tangga dengan seorang kerani restoran di Kelab Golf Bukit Beruntung, Nor Hashima Ismail, 22, dalam perjalanan pulang selepas mengambil kad pengenalan barunya di Pejabat Pendaftaran Negara di Rawang.
“Ketika itu hujan lebat, arwah gagal mengawal kenderaannya di selekoh tajam sebelum melanggar kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.”
“Saya terkejut apabia dimaklumkan kejadian itu. Ketika itu saya berada di rumah anak di Ampang. Anak saya meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit di tempat duduk hadapan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Wan Hasmah berkata, anaknya yang juga pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, di sini, sempat menghubunginya untuk bertanya khabar sehari sebelum kejadian
Katanya, arwah seorang anak yang baik dan cukup menghormati keluarga.
“Saya terkilan namun pasrah kepada Tuhan atas ujian yang cukup menyayat hati ini. Tidak sangka harapan anak mengambil kad pengenalan sebelum memohon pasport antarabangsa untuk menunaikan umrah, tidak kesampaian.”
“Ketika kejadian menantu saya berada di tempat kerjanya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari balau Bomba Kuala Kubu Bharu terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
“Beberapa mangsa darpada sebuah lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu masih belum dapat dikenal pasti kerana dibawa orang awam ke klinik berdekatan utuk rawatan. Dilaporkan semua mereka hanya cedera ringan.
Polis masih menyiasat kejadian ini. Mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.
Jenazah dimandikan dan dikafankan di Surau Abu Bakar Ali Bashah, taman Bunga Raya, kira-kira jam 8:30 malam tadu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukut Beruntung, sejam kemudian.

PS:  semalam ku dapat panggilan dari Kapten (zali), Mila, Abe Long dan Sayppol. Thanks for your concern. Mase kita tatau nak buat atau cakap apa2.. telefon orang yang sama2 kenal arwah sedikit sebanyak membantu kurangkan kesedihan…  at least tahu.. ramai yang turut sedih atas pemergiannya. Mari sedekahkan al-fatihah dan doakan arwah di sana….

Advertisements
Posted in: Kematian sahabat